Kumpulan Backstreet Boy Mengaku Minat Dengan KPOP BTS

Baru-baru uni, ahli kumpulan ‘boy band’ yang terkenal dengan lagu ‘Uptown Girl’, Backstreet Boys iaitu Nick, Aj, Howie dan Kevin telah melakukan sesi berbual bersama dengan peminat menerusi media sosial.

Dan, sewaktu ditanyakan pandangan mereka mengenai kumpulan ‘boy band’ Kpop yang semakin terkenal di Hollywood, Bangtan Boys (BTS), mereka mengakui yang mereka sebenarnya sangat meminati kumpulan itu.

Mereka turut mengatakan yang Steve Aoki juga pernah memainkan lagu kolaborasinya bersama kumpulan itu sebelum ia dilancarkan kepada mereka. Malah, mereka juga ada memberikan undangan pada BTS untuk hadir ke persembahan mereka di Las Vegas.

Wah, adakah peminat BTS bakal menyaksikan hasil kolaborasi diantara BTS dan Backstreet Boys? Nampaknya magik BTS selepas debut di pasaran Amerika Syarikat tahun lepas ternyata menjadi apabila seorang demi seorang bintang Hollywood mula menunjukkan minat mereka pada kumpulan itu.

Sementara itu, lagu remix mereka yang bertajuk ‘Mic Drop’ kolaborasi bersama Steve Aoki sudah menduduki carta billboard selama 10 minggu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *