Kylie Jenner Lahirkan Bayi Perempuan

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilannya selama sembilan bulan, Kylie Jenner akhirnya mengumumkan yang dia telah selamat melahiran bayi perempuan pada 1 Februari lalu melalui Instagram-nya, @kyliejenner.

Melalui posting-nya itu, Kylie meminta maaf kepada netizen kerana telah membuatkan mereka tertanya-tanya mengenai kehamilannya. Menurut Kyle, dia berbuat seperti itu kerana ingin menjadikan kehamilanya itu sebagai momen privasi untuknya dan juga keluarga.

Malah, Kyle juga memilih untuk merahsiakan kehamilannya itu daripada orang ramai kerana ingin bersedia untuk memasuki alam baru tanpa tekanan, serta ingin memasikan bayi yang dikandungnya itu tidak mengalami sebarang tekanan.

Kylie juga turut menyifatkan yang proses kehamilan itu adalah satu perkara yang cantik, menguatkan serta pengalaman berbeza yang dia pernah lalui dan pasti akan merindui itu. Selain itu, Kylie turut mengatakan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang bantu merahsiakan kehamilannya.

Sementara itu, menurut laporan, Kris, Kim dan juga kawan baik mereka, Jordyn Woods memang sudah dilihat berada di hospital sejak minggu lepas lagi. Sumber mengatakan bapa kepada bayi itu, Travis Scott juga telah menunjukkan bayi itu kepada krewnya.

Manakala, ruangan komen posting itu telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat. Yang pastinya ramai orang sudah tidak sabar ingin melihat wajah bayi perempuan Kylie Jenner itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *