Lebih selamat beli insuran sukarela jika bawa kenderaan sendiri ke Thailand

Ramai rakyat Malaysia yang tidak melepaskan peluang untuk bercuti dan melancong di Thailand. Disebabkan jarak yang dekat, ramai rakyat Malaysia pergi ke sana dengan memandu atau menunggang kenderaan sendiri.

Namun begitu, rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli insuran sukarela dahulu jika melancong ke Thailand untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di Thailand yang membolehkan rakyat Malaysia mendapat perlindungan menyeluruh termasuklah penghospital.

Konsul Jeneral Malaysia di Songhkla Mohd Afandi Abu Bakar menjelaskan insurans wajib memang lebih murah dari insurans sukarela, tetapi insuran wajib tidak memberi pelindungan menyeluruh dan kadarnya juga lebih rendah.

Beliau berkata, penting untuk mengambil insuran pelindungan secara menyeluruh kerana ia akan meliputi semua aspek.

“Adalah penting kita mengambil insurans yang memberi perlindungan meliputi penghospitalan, khususnya kos rawatan yang tinggi, pengurusan jenazah dan tuntutan oleh pihak lain termasuk kemudahan awam yang rosak akibat kemalangan,” katanya.

Insurans sukarela didapati hampir sama seperti pelan pihak pertama iaitu syarikat insurans akan bertanggungjawab menjelaskan semua tuntutan. Manakala insurans wajib pula seperti pelan pihak ketiga iaitu pihak pertama bertanggungjawab terhadap kerugiannya sama ada disebabkan oleh diri sendiri atau pihak ketiga.

Sebelum ini, terdapat kejadian seorang rakyat Malaysia menunggang motosikal berkuasa tinggi telah terlibat kemalangan hingga meragut nyawa di Thailand.

Motosikal yang dinaiki Muhammad Arif Shuhery, 34, dan isterinya Nur Arissa Ruri Ahon, 34 telah merempuh sebuah kereta dan mengakibatkan dua lagi rosak semasa sekatan jalan raya di Paborn. Nur Airssa telah dimasukkan ke hospital Phattalung kerana mengalami kecederaan parah.

Pemilik kenderaan terbabit telah menuntut bayaran sebanyak 250,000 bath sebagai kos untuk membaiki kerosakan keretannya kerana insurans yang dibeli Muhammad Arif tidak memberi perlindungan menyeluruh kerana jenis ‘compulsory’.

Apapun, lebih baik membeli insurans sukarela untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku sepanjang anda bercuti di Thailand, gunalah langkah selamat dengan memberi insuran yang memberi perlindungan menyeluruh. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *