Lelaki terpaksa jadi penyamun sambilan untuk bayar hutang majlis Kahwin

Seorang lelaki yang ditahan polis atas kesalahan jenayah pecah masuk rumah menberikan alasan terpaksa menjadi penyamun sambilan kerana mahu membayar hutang majlis perkahwinannya.

Lelaki terbabit melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Taman Politeknik, Port Dickson sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad memaklumkan pihaknya telah berjaya menangkap lelaki terbabit apabila melakukan operasi khas untuk mencegah kegiatan jenayah pecah rumah di sekitar kawasan perumahan terbabit.

Beliau berkata, suspek bekerja di sebuah hotel di ibu negara. Suspek terpaksa melakukan kegiatan jenayah kerana mahu menyelesaikan hutang Ah Long untuk majlis perkahwinannya.

“Suspek diberkas di sebuah pangsapuri kos rendah di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur kelmarin. Dia mengaku melakukan jenayah itu bagi melunaskan hutang ah long yang dipinjam untuk majlis perkahwinannya.

“Bagaimanapun lelaki itu yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara tidak memberitahu bila dia berkahwin dan berapa banyak hutangnya,” katanya.

Zainudin memaklumkan suspek berasal dari Batu Kikir, Kuala Pilah. Suspek akan ditahan reman sehingga 3 Februari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Selain itu, pihak polis juga telah menahan sepasang suami isteri warga Bangladesh berusia 36 dan 34 tahun untuk membantu siasatan kerana disyaki terlibat sebagai pembeli barang yang dicuri oleh suspek.

Apapun, janganlah sesekali terlibat dengan jenayah hanya kerana mahu menyelesaikan hutang. Berjimat cermatlah semasa berkahwin, tidak perlu adakan majlis yang mewah dan akhirnya terpaksa berhutang Ah Long dan melakukan kegiatan pecah rumah untuk menyelesaikan hutang. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *