Mahathir cuba sucikan anak cucu sendiri bila pertikai Haji tajaan 1MDB

Bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan agama demi mencapai kepentingan dan agenda politik peribadi beliau semata-mata.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Pakatan Harapan atau lebih dikenali sebagai ‘Top Dog Pakatan’ mempunyai banyak agenda licik untuk mencapai apa yang dihajatnya. Inilah sikap bekas perdana menteri keempat itu yang langsung tidak menggambarkan beliau sebagai negarawan.

Sejak akhir-akhir ini Pengerusi Pakatan Harapan itu sering menjadikan Islam sebagai bahan lawak beliau. Ini dapat dilihat apabila Mahathir baru-baru ini bertanyakan soalan yang berbunyi, “Jika kita tidak tahu duit itu dicuri salahkah jika duit itu diguna untuk buat ibadat haji?

“Jika kita tahu bahawa duit itu dicuri, halalkah duit itu jika diguna untuk kerja haji?

“Saya sejak kecil lagi diberitahu bahawa daging babi haram dimakan oleh orang Islam. Bolehkah saya tanya jika babi disembelih dengan menyebut nama Tuhan, haram lagikah daging babi itu?”.

Inikah dikatakan Mahathir seorang yang peka dalam hal Islam? Tujuan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya mahu menyindir jemaah haji dibawah tajaan 1MDB. Ini dapat dilihat Pengerusi Pakatan Harapan itu sanggup mempermainkan agama demi kepentingan politik beliau.

Jika Pengerusi PPBM itu mahu bercakap mengenai halal haram, beliau sepatutnya cermin dirinya terlebih dahulu. Sebelum ini hangat diperkatakan apabila isu cucunya bangga tidur bersama anjing-anjing dan juga isu anaknya niaga minuman keras, bagaimana Mahathir nak jawab?

Segala kenyataan Mahathir adalah lebih kearah kepada kekeliruan ilmu agama. Mahathir selama ini dilihat hidup dalam terawang-awang antara dunia dan akhirat, masih jahil atau pura-pura jahil.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu yang dikenali kerana sering menghina ulama, kini tiba-tiba berlagak mahu menjadi ‘mufti’ pula apabila mendakwa ibadah haji dengan menggunakan dana ihsan 1MDB sebagai hukum haram!

Tindakan Mahathir itu disifatkan sudah melampau kerana sama ada ibadat haji seseorang itu diterima atau tidak, ia merupakan urusan Tuhan dan manusia tiada hak untuk menentukannya.

Bukan hanya Mahathir sahaja yang sering mempersendakan hukum agama. Malah ada juga anak dan cucu beliau sendiri perlekeh ajaran Islam.

Salah seorang cucu kesayangan kepada Mahathir yang dikenali namanya sebagai Othman Mirzan sebelum ini hangat diperkatakan apabila bangga memuat naik gambar dirinya tidur bersama-sama anjing kesayangan berserta kapsyen “All my bitches love me” menerusi laman Instagram yang dikongsikan secara terbuka.

Inikah cara hidup orang Melayu yang beragama Islam? Sedangkan Muslim diharamkan menyentuh anjing yang jelas merupakan najis berat Mughallazah kecuali dalam beberapa keadaan tertentu apatah lagi membelainya manja.

Pengerusi PPBM itu tidak pula berani kata perbuatan si cucunya itu yang jelas sengaja pegang anjing sebagai haram. Selain itu, anak Mahathir, Mirzan pernah terpalit dengan isu pembelian kilang arak di Filipina. Adakah dari hasil penjualan arak yang dihasilkan anak beliau ‘halal’?

Dan juga anak perempuannya Marina yang dikenali kerana sering dikaitkan dengan gerakan songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kesimpulannya, Mahathir hanya cuba berlagak bagaikan malaikat dan menunjukkan beliau sahaja suci apabila mendakwa menunaikan haji melalui bantuan 1MDB adalah haram.

Sedangkan sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Mahathir, langsung tiada rakyat marhaen ditaja mengerjakan haji oleh mana-mana agensi kerajaan berbanding lebih 6,000 orang di bawah program 1MDB sejak diperkenalkan pada 2011. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *