Mahathir kini bersama DAP untuk ‘screw melayu’

Sudah jelas parti DAP yang diterajui dinasti Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai helah politik untuk memecah-belahkan orang Melayu dan menjadikan mereka sebuah parti yang berpengaruh. Namun malangnya ada pemimpin-pemimpin Melayu telah terjebak dalam strategi parti Roket itu.

Parti Roket itu yang jelas tidak suka orang Melayu dan Islam mengggunakan strategi ala Zionis untuk membuat parti Melayu berpecah belah bagi memastikan matlamat politik parti Roket itu untuk memerintah negara ini berjaya.

Taktik dan strategi licik yang digunakan parti Roket itu adalah dengan mempengaruhi parti Melayu yang lemah dengan menawarkan talian hayat politik. Semua ini berlaku kerana ketaksuban parti Roket itu kepada kuasa.

Mungkin ramai masih mengingati bagaimana parti Roket itu menggunakan penceramahnya memainkan isu perkauman di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum ini. Ahli politik DAP, Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai ‘Superman DAP’ ketika berkempen untuk Abdul Aziz Isa di dalam PRN Sarawak membakar sentimen perkauman apabila mengungkapkan ‘Melayu screw Melayu’.

Namun Abdul Aziz dilihat seakan-akan bangga digelarkan “screw” Melayu oleh parti Roket itu. Penyokong-penyokong Pakatan Harapan terutamanya Parti Amanah Negara (PAN) tidak faham maksud ‘Melayu screw Melayu’ yang membawa maksud menggunakan Melayu untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri.

Kini parti Roket itu giat memperluaskan kepada menggunakan Melayu-Islam untuk menggulingkan parti Islam lain.

Tidak pelu dihairankan parti Roket itu begitu bermurah akan memberikan peruntukkan kewangan kepada institusi Islam kononnya parti itu juga menjaga kebajikan orang Islam. Itu sebab cybertropper Pakatan Harapan dan parti serpihan PAS itu dengan bangga mengagung-agungkan dengan mengatakan DAP lebih Islam daripada UMNO dan PAS.

Sedangkan hakikatnya, sudah ada banyak bukti menunjukkan DAP menolak Islam. Tidak perlu melihat jauh, ini belaku di negeri Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran DAP. Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang dikritik kerana campur tangan dalam urusan agama Islam.

Susulan itu, PAS Pulau Pinang menggesa DAP tidak lagi campur tangan dalam fatwa di negeri itu, kerana urusan itu adalah semata-mata untuk umat Islam.

Jadi, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dah lama ‘jual’ Islam maka tidak hairanlah kalau bersama DAP untuk mengukuh sikap anti Islam nya. Sejak akhir-akhir ini Pengerusi Pakatan Harapan itu juga sering menjadikan Islam sebagai bahan lawak beliau.

Sudah maklum matlamat Mahathir adalah untuk menggulingkan kerajaan yang di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menjadi pengkritik lantang mengkritik kerajaan, sejak beliau keluar parti kerana kepentingan peribadi tidak ditunaikan.

Kesimpulannya, Mahathir kini sanggup bersama parti yang dulunya digelar rasis hanya semata-mata untuk ‘screw melayu’. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *