Malu Lah Kalau Guru Vokal Kalah Dalam Pertandingan Juara Lagu

Meskipun telah memenangi Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) yang berlangsung pada malam Ahad lepas, timbul pula cakap-cakap yang mengatakan yang kemenangan Ernie Zakri itu adalah wajar kerana dia adalah seorang guru vokal.

Menerusi lagu ‘Aku Cinta’, Ernie bersama Syamel yang juga merupakan pencipta lagu itu telah merampas tahta yang telah dipegang oleh Dayang Nurfaizah selama empat kali sebelum ini dan menerima anugerah ‘Vokal Terbaik’.

Tidak dinafikan persembahan vokal Ernie dan juga Syamel pada malam itu membuatkan bulu roma meremang. Tetapi yang kurang senangnya adalah apabila ada pihak yang mengatakan pasti sesuatu yang memalukan jika seorang guru vokal tidak menang anugerah vokal terbaik itu.

Namun, bagi Ernie dia tidak mempunyai fikiran atau perasaan seperti itu kerana baginya, menang ataupun tidak dia tetap tidak akan berasa malu kerana tahu yang itu adalah pertandingan dan dia cuma hanya ingin memberikan yang terbaik dalam setiap persembahannya.

Oleh itu, dia lebih memberikan tumpuan pada persembahan berbanding memikirkan soal menang ataupun kalah. Namun, walaupun tidak terlalu berfikir soal kemenangan tetapi Ernie tetap berasa bersyukur kerana berjaya mendapat anugerah itu.

Selepas berhempas pula berusaha menaikan kariernya yang suatu ketika dahulu pernah dirasakan seperti tidak berjalan ke mana. Malah, Ernie juga turut berterima kasih kepada Syamel kerana memberikannya peluang untuk tampil buat pertama kali di pentas AJL32.

Jelas Ernie, dia dan Syamel telah memberikan yang terbaik dan hanya berserah kepada takdir mengenai perjalanan kariernya selepas ini. Tapi, ada peluang dan lagu yang sesuai, Ernie akan kembali berduet semula dengan Syamel.

Menang atau tidak yang pastinya Ernie dan juga Syamel telah menunjukkan kemahiran vokal mereka yang sangat luar biasa sewaktu di pentas AJL sehinggakan ada lagi netizen yang masih belum ‘move-on’ dengan persembahan mereka berdua pada malam itu. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *