Marmar putih Taj Mahal berusia 400 tahun berubah warna

NEW DELHI – INDIA. Salah sebuah bangunan yang menjadi tarikan utama di India dan menerima kunjungan jutaan pelancong serata dunia kini berubah warna selepas terjejas akibat pencemaran daripada perindustrian berdekatan.

Marmar putih monumen terkenal Taj Mahal berusia 400 tahun itu, kini berwarna kekuningan.

Susulan itu, Mahkamah Agung India menggesa pelan terperinci melindungi tapak bersejarah tersebut dan memberi amaran pendekatan tertentu kerajaan negeri akan meletakkannya dalam bahaya.

Hakim menggesa Kerajaan Negeri Uttar Pradesh menghasilkan dokumen yang menggariskan rancangan melindungi keajaiban dunia itu dalam masa sebulan. – Daily Mail

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *