Marvel Kumpulkan 80 Superhero Dan Pembuat Filem Sempena Ulang Tahun Ke-10

Sempena ulang tahunnya yang 10 tahun, studio yang terkenal dengan pelbagai jenis ‘superhero’ yang juga merupakan anak syarikat kepada Marvel Entertainment iaitu Marvel Studio akan meraikan ulang tahun sedekad mereka itu bersama semua ‘superhero’ dan juga pembuat filem.

Menurut khabar angin, barisan ‘superhero’ serta pembuat filem dikatakan telah datang ke set penggambaran ‘Avengers: Infinity War’ secara rahsia untuk mengadakan sesi fotografi disitu.

Antara ‘superhero’ yang hadir adalah Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Scarlett Johansson, Paul Rudd, Benedict Cumberbatch, Chris Pratt, Chadwick Boseman dan Zoe Saldana.

Manakala penbuat filem yang hadir pula adalah, Kevin Feige, Louise D’Espasito, Victoria Alonso, Stan Lee, Scoot Derrickson, Trinh Tran, Alan Taylor, Brad Winderbaum, Louis Letterier, Jon Watts, Sarah Finn, James Gunn, Joe Russo, Anthony Russo, Joss Whedon dan David Grant.

Malah, gambar yang menunjukkan barisan 80 orang pelakon bersama pembuat filem yang terlibat dalam filem menghasilkan filem ‘superhero’ keluaran Marvel Cinematic Universe (MCU) sejak awal itu turut dikongsikan oleh pihak produksi Marvel Studio.

Selain bergambar, Marvel juga turut membuat satu video pendek dan di dalam video itu, dari Chris Pratt sehingga ke Chris Evans tampil memberikan ucapan terima kasih mereka kepada peminat kerana setia bersama Marvel sehingga ke hari ini.

Malah, sebagai tanda penghargaan, Marvel juga akan memberikan hadiah eksklusif kepada 10 orang pemenang yang mengikuti pertandingan yang mereka tetapkan dimana 10 pemenang itu nanti berpeluang untuk menjelajah dunia Mervel yang tidak semua orang boleh rasakan.

Sementara itu, perjalanan Marvel Studio dengan MCU bermula sejak dari tahun 2008 lagi menerusi filem mega ‘Iron Man’ lakonan Robert Downey Jr dan kejayaan Marvel itu diikuti dengan kemunculan pelbagai ‘superhero’ lain seperti Captain America, Thor, Hulk, Dr. Strange, Guardians of the Galaxy, Spider-Man, Ant-Man, dan yang terbaru Black Panther. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *