Matahari diramalkan akan memasuki kitaran menyejuk menjelang 2050

SAN DIEGO – Matahari diramalkan akan memasuki kitaran menyejuk menjelang 2050, namun pemanasan global dijangka berterusan.

Laporan itu berdasarkan kajian ahli fizik di Universiti of California, San Diego bersama rakan pasukannya yang mengumpulkan dan memerhati data relevan sejak 20 tahun lalu.

“Matahari dalam sistem planet kita mungkin memasuki tahap minimum menyaksikan penurunan radiasi ultraungu yang berterusan selama 11 tahun menjelang pertengahan abad.

Bebola gas gergasi itu dijangka 6.9 peratus lebih sejuk daripada jumlah aktiviti paling minimum,” menurut penyelidikan yang diterbitkan menerusi The Astrophysical Journal Letters.

Kajian itu juga meramalkan fenomena tersebut akan menyebabkan penyejukan bumi kira-kira 0.25 peratus antara 2020 dan 2070.

Difahamkan, fasa penyejukan itu pernah berlaku di Eropah pada pertengahan abad ke-17.

Ia digelar sebagai Maunder Minimum, yang mana suhu sangat rendah menyebabkan Sungai Thames di London dan Laut Baltik membeku hingga membolehkan tentera Sweden menyerang Denmark pada 1658 dengan berjalan kaki merentasi laut ais. – Press TV

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *