Muhyiddin anggap ahli dan penyokong UMNO Johor biadap halau Kit Siang

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk Kampung Bakar Batu di Johor bertindak menghalang dan menghentikan program Pakatan Harapan anjuran DAP yang disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang hingga berlaku kekecohan.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andew Chen Kah Eng dan Penasihat DAP itu menuduh kekecohan itu berlaku berpunca daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN)

Sedangkan hakikatnya, kekecohan itu berlaku pun disebabkan sikap pemimpin parti Roket itu sendiri kerana rata-rata penduduk sekitar tidak mahu orang luar jejak ke kawasan mereka hanya semata-mata untuk mengkritik kerajaan.

Namun, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap tindakan ahli dan penyokong UMNO dan BN) Johor itu biadap apabila menghalau Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah.

Kata Muhyiddin, walaupun berbeza fahaman politik namun seseorang tidak boleh dihalang selagi tidak melanggar undang-undang.

“Itu perkara adat, adat resam, hormatlah,” katanya dalam satu kenyataan.

Bekas timbalan perdana menteri itu cuba menegaskan bahawa program itu adalah perkara biasa yang sering dibuat sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

“Kita agihkan bentuk bantuan seperti limau manis dan sebagainya. Itu perkara simbolik.

“Sepatutnya tak ada tindakan sebegitu. Kalau BN nak buat, buatlah.

“Ini negara bebas, ini negara Malaysia dan setiap kaum ada hak mereka melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau berharap kejadian seperti yang berlaku pada Penasihat DAP seumur hidup itu tidak berulang lagi.

“Kita mahu negara kita ini aman. Mengapa kita nak bertindak, bukan sahaja tidak menghormati tatasusila.

“Sepatutnya dalam sistem negara yang sudah baik kita menghormati antara satu sama lain,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *