Muka Nabila Razali Dikatakan Macam Beyonce?

Pasti anda pernah melihat video orang memberikan reaksi mengenai sesuatu video terutama sekali muzik video di YouTube yang mana kadang-kadang reaksi yang diberikan agak kelakar atau terlebih jujur.

Baru-baru ini, ada terlihat video beberapa orang Korea memberikan reaksi mereka kepada muzik video lagu ‘Pematah Hati’ nyanyian Nabila Razali di YouTube.

Dan, dalam video reaksi yang berdurasi 6 minit itu, mereka telah memberikan pujian kepada lagu ‘Pematah Hati’ itu dengan mengatakan yang ia adalah ‘catchy’ dan menarik.

Malah, mereka juga turut menanyakan apakah hubungan Nabila dan juga Aedy kerana mereka kelihatan sangat serasi.

Namun, yang lebih menariknya adalah apabila gadis-gadis Korea itu memuji ton suara Nabila dan mengatakan yang wajah Nabila seperti Beyonce.

Okay, tidak pasti adakah gadis Korea itu benar-benar kenal pada Beyonce atau tidak tetapi mungkin jugalah ada sisi Nabila yang membuatkan dia kelihatan seperti Beyonce. Hmm~

Atau, mungkin bila Beyonce pakai tudung wajahnya akan menjadi persis Nabila. Lain orang lain pendapatnya. Apapun, kita layan dahulu video reaksi gadis Korea itu dahulu. –utaranew.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *