Muka Saja Hensem Tapi Pelakon Lelaki Ni Badan Bau Kepam

Sebut sahaja nama Robert Pattinson pasti dalam banyak-banyak filem yang dibintanginya, orang akan lebih mengingati watak vampire bernama Edward Cullen yang dilakonkannya dalam siri Twilight Saga yang dibintanginya bersama Kristen Stewart dan Taylor Lautner.

Tidak dinafikan yang filem itu juga sebenarnya yang telah bantu menaikkan nama Rob dalam industri lakonan di Hollywood dan membuatkan nama Rob menjadi semakin dikenali.

Namun, disebalik rupa wajahnya yang kacak, Rob sebenarnya tidak ‘seindah’ yang disangkakan kerana menurut laporan Rob sebenarnya mempunyai satu tabiat yang sangat buruk.

Dimana, tabiat buruk Rob itu adalah dia sebenarnya seorang yang tidak suka mandi di lokasi penggambaran sehinggakan dia sangat dikenali sebagai artis yang mempunyai masalah bau badan.

Akan tetapi, itu semua tidak menghalang Rob daripada dilantik menjadi duta salah satu koleksi minyak wangi jenama pewangi terkenal, Dior.

Malah, bintang Twilight itu juga turut tersenarai dalam Lelaki Paling Kacak 2018 oleh World’s Top Most dan menduduki kedudukan nombor dua dibelakang kedudukan nombor satu yang dimiliki oleh pelakon Bollywood, Hrithik Roshan.

Muka kacak itu mungkin boleh diterima lagi, tetapi masalah bau badan itu agak mimpi ngeri kasihan pelakon yang perlu berlakon dengannya. Mungkin Dior boleh hasilkan pewangi lain yang boleh mengatasi masalah bau badan Rob itu, baru sesuai untuk dia menjadi duta. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *