Naik taraf pusat jualan – Kerajaan akan bincang dengan pengedar dan vendor Proton

Sebelum ini, Proton telah menggesa supaya pengedarnya untuk menaik taraf pusat jualan mereka dengan menjadi pusat terbabit lebih integrasi yang mempunyai pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti.

Langkah terbabit dilakukan oleh pihak Proton antara salah satu usaha untuk meningkatkan rangkaian pengedar dan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan merasai pengalaman jualan serta pekhidmatan yang lebih baik.

Namun begitu, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendakwa tindakan yang dilakukan Proton terbabit adalah menyimpang daripada objektif asal iaitu untuk mempromosikan agenda Bumiputera.

Selain itu, Pekema telah meminta campur tangan pihak kerajaan dalam pengurusan Proton kerana ia dikatakan boleh menjejaskan pengedar dan penjual bumiputera.

“Kita minta Proton dan kerajaan ambil tahu mengenai kepentingan agenda bumiputera yang tidak diendahkan lagi dan tidak menjadi keutamaan kepada pengurusan baru Proton.

“Kami lihat Proton telah lari daripada tujuan asal yang membawa kepada penubuhan Proton dulu. Apa yang kita risau, dalam Proton sendiri pun semuanya dikuasai oleh Geely,” katanya.

Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan pihaknya akan mengumpul maklumat dan bercadang akan berjumpa pihak-pihak terbabit dalam masa terdekat.

“Pihak saya buat masa ini sedang mengumpul maklumat dan saya bercadang untuk berjumpa mereka dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal adakah insentif khas akan diberikan dalam usaha untuk membantu pengedar Proton untuk menaik taraf peniagaan mereka.

Walaubagaimanapun, Proton berkata rakan strategiknya Zhejiang Geely Holdings Group dari China yang mempunyai 49.9 peratus kepentingan dalam Proton mempunyai hak untuk memulihkan kedudukan dan mengembangkan jenama di dalam dan luar negara, dan menjadi pengerak utama bagi rancangan perniagaan syarikat itu pada masa depan.

Rakan strategik asing itu juga menyedari terdapat banyak wang yang perlu dibelanjakan pengedar, oleh itu ia memperkenalkan skim khas untuk membantu mereka dalam usaha menaik taraf kepada premis mereka. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *