Nak makan murah sila masak sendiri di rumah

Isu yang sering menjadi rungutan pengguna mengenai makanan yang dijual mahal kebiasaannya adalah berkaitan dengan harga kepala ikan. Harga untuk kepala ikan merah memang tidak dapat dinafikan mahal.

Bagi pengusaha kedai makanan adalah sudah menjadi harga standard meletakkan harga yang agak mahal untuk hidangan kepala ikut mengikut saiz. Umum sudah mengetahui bahawa kepala ikan merah jika dibeli secara mentah di pasar juga mahal mengikut saiz.

Terkini, seorang wanita telah membuat aduan di laman sosial Facebook tentang sebuah kedai di Melaka telah mengenakan caj sebanyak RM120 untuk makan tengahari dia dengan rakan-rakannya.

Pengadu dikenali sebagai Sue Idris, berkata dia membuat keputusan untuk menjamu selera di kedai terbabit memandangkan ia telah disyorkan oleh Aplikasi Trip Advisor dan pernah muncul dalam sebuah rancangan televisyen.

Tetapi, dia telah dikejutkan dengan harga yang didakwanya terlalu mahal. Harga RM120 yang dikenakan oleh Sue bersama tiga rakannya itu adalah asam pedas bahagian ekor (3 ketul) RM40, kepala ikan belah dua RM40, sayur kubis sepinggan RM23.

“Jujur cakap biasa saja asam pedas dia. Malah, di Kuala Lumpur ada saja asam pedas yang lagi sedap. Alkisahnya, kami berempat, ambil lauk asam pedas bahagian ekor tiga ketul, kepala ikan belah dua, dan sayur kobis.

“Dalam video mungkin nampak saiz ikan besar, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak akan dedahkan nama kedai, nanti ada pula yang cakap saya mahu tutup periuk nasi orang kan?,” tulisnya.

Namun begitu, ada antara netizen yang mengatakan itu adalah salah pengadu sendiri kerana tidak bertanya harga dahulu sebelum makan di kedai itu. Umum sudah mengetahui makanan berkaitan kepala ikan ini memang akan dikenakan caj yang agak mahal.

Selain itu, ada juga antara netizen yang menasihatkan pengadu untuk balik masak di rumah sendiri jika mahu makan dengan harga yang murah.

Apapun, kedua-dua pihak memainkan peranan yang penting. Pengusaha kedai boleh jelaskan dahulu kepada pelanggan tentang harga yang dikenakan untuk jumlah lauk yang diambil.

Sebagai pelanggan anda juga perlu tanya dahulu harga makanan yang mahu dipesan supaya tidak terlalu terkejut apabila diberikan bil. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *