Netizen Diminta Jangan Tonton Filem ‘Dukun’ Secara Haram

Filem ‘Dukun’ yang diadaptasi daripada kejadian sebenar kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan seorang bomoh bernama Mona Fandey dengan ahli politik, Datuk Mazlan Idris sepatutnya ditayangkan pada tahun 2007 lagi.

Tetapi, disebabkan oleh kandungannya yang keterlaluan dan tidak sesuai ditayangkan pada umum, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS telah mengharamkan penayangan filem itu.

Meskipun filem itu telah disiap sepenuhnya, akan tetapi, beberapa minggu lepas, filem yang dibintangi oleh Datin Umie Aida, Bront Palarae dan Daena Yusuf itu telah menjadi viral di media sosial.

Ia bermula apabila seorang pengguna bertindak memuat naik filem penuh ‘Dukun’ itu di Facebook dan membuatkan ia menjadi viral selepas ramai pengguna lain turut berkongsi video itu di akaun mereka.

Disebabkan filem itu telah ‘bocor’ di media sosial, pihak berkuasa berasa tegang mengatakan perbuatan memuat naik video itu adalah satu kesalahan yang sangat serius kerana melanggar peraturan harta interlektual.

Oleh itu, pihak berkuasa memberi amaran kepada semua penguna media sosial supaya berhenti menyebar filem itu kerana ia adalah satu kesalahan besar.

Malah, FINAS juga sedang menyiasat bagaimana filem itu boleh ‘bocor’ di media sosial dan meminta supaya netizen berikan kerjasama supaya untuk membawa pesalah itu ke muka pengadilan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *