Netizen Persoal Kenapa Suara Wany Hasrita ‘Sengau’ Di AJL 32

Nama Wany Hasrita mula dikenali melalui aplikasi terkenal, Smule dan selepas mengeluarkan single pertamanya yang bertajuk ‘Menahan Rindu’ populariti Wany semakin meningkat sehinggakan dia tercalon menjadi finalis pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32).

Malah, disebabkan oleh kehebatan vokalnya sewaktu menyanyikan lagu ‘Menahan Rindu’ itu, ramai peminat menjangkakan yang kedudukan juara AJL untuk tahun ini akan menjadi milik Wany.

Akan tetapi, jangkaan peminat itu meleset apabila Wany bukan sahaja tidak menerima sebarang anugerah dan persembahan yang Wany tunjukkan pada malam Ahad lepas juga agak berbeza dari apa yang diharapkan oleh peminat.

Rata-rata peminat mengatakan yang Wany terlalu memberikan perhatian pada drama lakonan pada awal persembahannya sehinggakan suaranya menjadi sumbang dan sengau ketika menyanyikan lagu ‘Menahan Rindu’.

Mungkin suara Wany bertukar menjadi sengau kerana berasa nervous, yalah sebagai artis baru menyanyi secara live diatas pentas berprestij seperti AJL itu pasti akan membuatkan mereka berasa gemuruh sehinggakan suara pun bertukar menjadi berbeza.

Selepas ini jika layak lagi tercalon untuk menjadi finalis AJL pasti Wany sudah lebih bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik seperti yang diharapkan oleh peminatnya.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *