Nicolas Cage Kempunan Jadi Superman

Rupanya impian Nicolas Cage untuk menjadi Superman pernah tidak kesampaian apabila pembikinan filem yang bertajuk ‘Superman Lives’ arahan pengarah kreatif Tim Burton itu dibatalkan secara tiba-tiba oleh Warner Bros meskipun semua persiapan mengenai pembikinan filem itu seperti skrip, kostum telah siap.

Malah, akaun Flashback FilmMaking juga turut telah memuat naik video Cage mencuba kostum adiwira itu di YouTube.

Cage dikatakan telah menerima tawaran berlakon sebagai adiwara kesayangan ramai itu pada tahun 1997 iaitu sewaktu namanya sedang meningkat naik menerusi filem seperti ‘Con Air’ dan ‘The Rock.

Dimana dalam filem ‘Superman Lives’ itu watak Superman yang akan dilakonkan oleh Cage digambarkan mempunyai rambut panjang dan bertubuh kurus.

Sementara itu, filem ‘Superman Lives’ yang sepatutnya dilakonkan oleh Cage itu mengambil inspirasi daripada komik The Death of Superman(1992) yang telah mencatat rekod jualan sebanyak enam juta dimana watak Superman telah mati.

Namun, filem yang direncanakan itu menerima nasib yang berbeza seperti komik kerana Warner Bros secara tiba-tiba membuat keputusan mengejut membatalkan filem itu dan mengunakan bajet filem itu untuk menghasilkan filem ‘Wild Wild West’ lakonan Will Smith.

Mungkin kerana berasa kecewa impiannya tidak kesampaian, Cage dikatakan telah menamakan anaknya yang lahir pada tahun 2005 dengan nama Kal-El yang merupakan nama sebenar Superman sewaktu di planet Krypton. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *