Nissan pamer selipar ‘parkir sendiri’

YOKOHAMA: Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co hari ini mula mempamerkan selipar ‘parkir sendiri’ yang mampu kembali ke posisi asalnya kepada umum di ibu pejabatnya di Yokohama.

Selipar terbabit sebelum ini muncul dalam satu petikan video promosi syarikat itu yang turut memaparkan rekaan bantal kusyen dan meja ‘parkir sendiri’ di sebuah majlis di Hakone, Jepun.

Apabila selipar, kusyen dan meja ini tidak digunakan ia mampu kembali ke lokasi asalnya yang telah diprogramkan. Ini dibantu dengan sistem sensor kamera.

Idea untuk menghasilkan selipar ‘parkir sendiri’ dicetuskan dari sistem ProPilot yang dibangunkan Nissan yang sebelum ini dipasang di kenderaan model Leaf keluarannya.

Dua tahun lalu, Nissan turut melahirkan kerusi bilik mesyuarat yang boleh disusun secara automatik selepas digunakan dengan hanya gerakan tepukan tangan sahaja.

Sumber – astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *