Nurul Izzah tergamak sedekah sayur busuk kepada pengundi

Sudah semakin jelas sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu menjaga kebajikan serta kesejahteraan rakyat dengan baik. Malah pemimpin pembangkang tergamak menganiaya rakyat dengan memberi sayur-sayuran yang sudah rosak dan layu.

Kononnya mahu tunjuk keprihatinan mereka kepada rakyat dengan memberi keperluan barangan harian seperti ini, namun ini semua hanya lakonan dan dilakukan semata-mata kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir. Jadi, pemimpin pembangkang ini berpura-puralah mendekati rakyat.

Sedangkan hakikatnya bila berjaya mendapat kepercayaan rakyat menjadi wakil rakyat, tetapi wakil rakyat yang dipilih itu tidak tahu menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat dengan baik.

Ini dapat dilihat sikap pemimpin PKR yang sangat biadap apabila tergamak memberikan sayur-sayuran yang jelas sudah rosak dan tidak boleh dimakan pun kepada rakyat. Inilah yang menimpa penduduk di Perumahan Rakyat Seri Cempaka, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Difahamkan, dalam majlis pemberian sayur-sayuran yang sudah busuk ini diedarkan oleh Ketua Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Rata-rata penduduk perumahan ini meluahkan rasa sangat kecewa dengan sikap pemimpin PKR ini yang tergamak melakukan mereka sedemikian seolah-olah menganggap penduduk ini tidak mempunyai perasaan sehinggakan memberi sayur-sayur yang sudah busuk!

Penduduk di kawasan itu juga berkata, pemimpin-pemimpin PKR yang diketuai Nurul Izzah Anwar yang merangkap sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai jarang ada di kawasan dan membantu penduduk setempat.

Itu pun Nurul Izzah muncul beberapa bulan lalu memberi penduduk roti kosong dan kemudian hilang semula. Sungguh menghairankan bila pemimpin yang jelas tidak bertanggungjawab seperti ini pun boleh menang pilihan raya. Bila menang diabaikan pula tanggungjawabnya kepada rakyat.

Jadi, sudah tiba masanya pengundi Lembah Pantai membuka mata dan sedar siapa sebenarnya Nurul Izzah yang jelas tidak boleh membawa suara penduduk di kawasan itu apatah lagi membela nasib mereka. Cukup-cukuplah penduduk Lembah Pantai menerima sayur-sayuran busuk dan roti kosong bila PRU semakin menjelang. Inikah wakil rakyat yang mereka mahu kekalkan? –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *