PAN sakit jiwa bila PAS dapat sokongan orang melayu

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sememangnya sering menggelarkan pihak lawannya dengan pelbagai gelaran yang tidak baik dan biadap. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah baru-baru ini menggelar PAS-IKATAN dan Gagasan Sejahtera sebagai PIGS.

Bagaimanapun, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Shamsuri Ahmad menyifatkan pemimpin PAN yang memberi gelaran biadap itu mengalami masalah tekanan jiwa kerana PAS mendapat sokongan orang Melayu dan juga gagal menangani masalah dalaman yang menimpa Pakatan Harapan.

Beliau juga berkata, ahli dan penyokong-penyokong parti Islam itu langsung tidak terkesan dengan gelaran biadap dan tidak beradab yang diberikan Wan Abdul Rahim itu.

Sebaliknya, beliau dalam nada sindiran berkata, pemimpin parti serpihan PAS tersebut disarankan agar terus melakukan demikian jika ia boleh meringankan bebanan terhadap masalah-masalah yang dihadapi pakatan pembangkang itu.

“Saya merasa sangat ragu di atas kewarasan pihak yang memberikan gelaran sedemikian. Saya tidak langsung berkecil hati, kerana mengenangkan mungkin ianya diluahkan akibat dari tekanan perasaan dan jiwa mereka setelah mengalami masalah dalaman organisasi sesama mereka.

“Saranan saya, teruskan budaya seperti itu sekiranya mampu mengurangkan kekecewaan politik saudara.

“Moga tuan mendapat taufik hidayah dari Allah supaya menjadi manusia yang lebih bermakna,” kata Shamsuri dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang dibuat oleh Wan Abdul Rahim itu mendapat pula sokongan Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin dengan berkata, PAS jangan berkecil hati jika gabungan parti itu dan IKATAN yang membentuk Gagasan Sejahtera digelar sebagai PIGS ataupun ‘babi’.

Kata beliau, ini kerana gabungan PIGS yang ditubuhkan parti Islam itu pada 16 Mac 2016 itu sememangnya wujud. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *