PAN yakin akan rampas kerusi Parlimen Kepala Batas dari UMNO

PULAU PINANG – Kehebatan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan adalah gemar bercakap besar. Tidak ketinggalan juga parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) yang gemar bercakap besar dalam banyak perkara.

Ini dapat dilihat parti serpihan PAS itu atau lebih dikenali sebagai parti boneka DAP yakin dapat merampas kerusi Parlimen Kepala Batas yang merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Kepala Batas, Dr Zaidi Zakaria cuba menggambarkan dan yakin kononnya penduduk di kawasan Parlimen Kepala Batas mahu perubahan pada PRU-14 akan datang.

Kepala Batas adalah kubu kuat BN yang kini dipegang oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Kerusi itu sebelum ini dipegang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Kepala Batas merupakan kawasan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan boleh dikatakan ia merupakan kawasan yang seringkali ada menteri dan kini Ahli Parlimennya juga seorang Timbalan Menteri.

“Namun, Amanah optimis dalam soal ini, sekali gus yakin perubahan akan berlaku dalam PRU14 ini, masyarakat akan lakukan perubahan, dan tidak ketara saya katakan, Amanah bakal lakar kemenangan di parlimen ini,” kata Zaidi Zakaria dalam satu kenyataan.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang juga sering mempolitikkan isu kos sara hidup yang agak meningkat dan kenaikan harga barang untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Masyarakat rata-ratanya mengeluh mengenai keadaan hidup semasa, disamping harga barang yang tinggi.

“InsyaALLAH, sekiranya diberi peluang, kita akan utamakan masyarakat dahulu, kita akan buat yang sebaiknya untuk masyarakat,” katanya.

Zaidi akui soal pembangunan di Kepala Batas berada dalam keadaan yang baik, namun beliau cuba menggambarkan kononnya Pakatan Harapan yang dikuasai DAP akan memberikan yang lebih baik kepada penduduk di kawasan itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *