PAS Jelutong mula dekati kaum cina menjelang PRU14

PULAU PINANG – PAS Jelutong kini mula dilihat mendekati masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila mula mengedarkan buah limau dan juga kad ucapan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir kepada penduduk di kawasan itu.

Menurut Yang Di Pertua PAS Kawasan Tanjong, Tuan Yaacob Omar, PAS kawasan meneruskan aktiviti tersebut untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Ia sebahagian tradisi masyarakat Cina menyambut perayaan ini tidak kira di mana-mana.

“Sambutan yang cukup menggalakkan diterima daripada orang Cina yang ceria menerima edaran limau dan kad ucapan tahun baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program mengedar buah limau dan risalah kepada penduduk Cina di sekitar kawasan DUN Sungai Pinang, baru-baru ini.

Manakala, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelutong, Mustaqim Yahya berkata, aktiviti memberi buah limau dan kad ucapan ini anjuran bersama PAS Kawasan Jelutong ini dianjurkan setiap kali tahun Sambutan Tahun Baru Cina.

“Lokasi penyampaian limau dan kad ini dilakukan di pusat tumpuan masyarakat Cina seperti kedai – kedai di Pasar Tani Jelutong, Stadium Bandaraya serta beberapa lokasi.

“Kami mengambil masa untuk menemui masyarakat Cina di beberapa komuniti orang Cina di sini sambil mengedar buah limau dan risalah,” katanya.

Malah, turut hadir dalam program tersebut iaitu pimpinan PAS Kawasan Jelutong, Pemuda dan Jentera Pilihanraya DUN N30. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *