Pasangan muda harus sedar cinta saja tak cukup untuk hidup berumahtangga

Melangkah ke alam rumahtangga ini bukanlah sesuatu yang mudah, kerana terdapat banyak dugaan yang perlu untuk diharungi oleh pasangan. Jika ingin berkahwin tetapi tidak mempunyai tanggunjawab sebagai suami atau isteri serta kesabaran dibimbangi tidak dapat mengharungi dugaan dalam perkahwinan.

Trend pasangan muda berkahwin memang sudah semakin ramai, antara alasan yang diberikan untuk mendirikan rumah tangga adalah untuk mengelakkan berzina atau melakukan perkara yang tidak baik.

Sebenarnya walaupun sudah bercinta dengan pasangan selama 10 tahun, cakap telefon setiap malam dan berjumpa setiap hari itu bukanlah tanda anda sudah mengenali pasangan anda secukupnya.

Wanita dikenali sebagai Jie Nazirah berkongsi tentang alam perkahwinan untuk dijadikan sebagai panduan semua terutamanya pasangan muda yang ingin berkahwin.

Perkahwinan ini tidak cukup sekadar cinta semata-mata, dan jika anda melihat perkara yang indah sahaja daripada rakan yang baru berkahwin, itu semuanya hanyalah sesuatu yang dia mahu dilihat oleh semua orang. Tetapi, realiti alam rumahtangga yang sebenar iaitu perit, susah dan payah disembunyikan.

“Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah-indah tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

“Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk ‘elak maksiat’ saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah, bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?,” katanya.

Bersediakan pasangan muda yang ingin berkahwin pulang dari kerja penat, lapar, dan mengatuk tetapi diuji isteri tidak masak kerana alahan mengandung atau anak meragam?

Bolehkan anda tetap senyum dan mengambil tanggungjawab isteri masak di dapur dan menyuapkan anak dan isteri yang juga sedang lapar. Kemudian tidak dapat berehat lagi apabila terpaksa uruskan berak atau kencing anak?

Bagi golongan wanita pula adakah sanggup menahan jerit perit alahan mengandung, bersalin, berpantang? Apabila sudah melahirkan anak terpaksa bersabar dengan kerenah anak-anak.

Ada antara ibu bapa yang melarang pasangan muda untuk berkahwin, tetapi ramai pasangan muda pula marahkan orang tua sedangkan tidak tahu mereka mahu mendidik dan mengetahui bahawa anak-anak mereka itu tidak bersedia lagi untuk mendirikan rumah tangga.

“Apabila kamu membentak marahkan orang tua… kenapa susahkan orang nak kahwin… padahal kamu tidak sedar. Ibu bapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!,” katanya.

Antara cabaran alam rumahtangga yang paling besar adalah apabila diuji tentang masalah kewangan. Tidak ramai pasangan yang dapat sabar apabila diuji masalah kewangan dan memilih jalan untuk bercerai.

Apapun, kahwin muda itu memang tak salah tetapi biarlah sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan juga kewangan. Alam perkahwinan ini mempunyai banyak cabaran dan dugaaannya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *