Patung Jahat Chucky Bakal Dijadikan Siri TV

Selepas 30 tahun, filem seram anak patung jahat bernama Chucky yang bertajuk ‘Child’s Play’ dilaporkan bakal menemui penonton sebagai siri televisyen tidak lama lagi.

Menurut laporan, projek mengeluarkan siri Chucky itu bermula hasil daripada idea pencipta watak itu sendiri iaitu Don Mancini bersama penerbit filem, David Kirschner.

Don yang merupakan penulis serta pengarah filem ‘Seed of Chucky’, ‘Curse of Chucky’ dan ‘Cult of Chucky’ mengatakan yang siri televisyen ‘Child’s Play’ itu akan dikeluarkan sebanyak lapan episod.

Yang mana, di dalam setiap satu episod itu nanti akan ada beberapa penambahan yang akan dilakukan supaya siri televisyen selama satu jam itu mempunyai jalan cerita yang lebih menarik.

Malah, selain mempunyai jalan cerita yang menarik, siri itu juga dikatakan akan menjadi lebih menyeramkan berbanding dalam filem sebelum ini.

Sementara itu, pelakon, Brad Dourif juga dikatakan bakal kembali semula meminjamkan suaranya sebagai Chucky.

Wah, macam menarik sahaja, tidak boleh bayangkan bagaimana jalan cerita yang lebih seram daripada filem itu akan dihasilkan. Harap siri televisyen itu nanti boleh ditonton di Malaysia juga. –utaranews.com  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *