Pelajar tak ada keperluan bawa telefon bimbit ke sekolah

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan telah mencadangkan untuk membenarkan pelajar membawa alat peranti seperti laptop dan telefon bimbit ke sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Tetapi, cadangan terbabit tidak dilaksanakan kerana kementerian masih mengkaji cadangan tersebut dengan lebih terperinci dahulu.

Bagaimana, perkata tersebut turut mendapat reaksi banyak pihak dan mempersoalkan tentang adakah menjadi keperluan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah?

Membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah sebenarnya mempunyai kebaikan dan keburukkan tersendiri.

Antara kebaikan yang diperolehi adalah ibu bapa lebih mudah untuk berhubungan dengan anak dan memantau kedudukan anak melalui pengesan GPS. Selain itu, telefon bimbit juga amar berguna jika berlaku kecemasan sama ada di dalam atau di luar sekolah ketika dalam perjalanan pulang atau pergi.

Malah, pelajar juga dapat menggunakan telefon bimbit jika dalam keadaan bahaya untuk menghubungi ibu bapa atau pihak berkuasa. Pelajar boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain dengan lebih mudah dan cepat.

Walaubagaimanapun, keburukan yang boleh berlaku apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah pula ialah mereka akan jadi mudah leka dengan telefon bimbit dan menjadi gangguan bunyi telefon ketika guru mengajar.

Memang telefon bimbit boleh di set dengan mode silent tetapi ia masih memberi gangguan kepada pelajar jika berada di tangan. Selain itu, boleh mengundang perkongsiaan perkara-perkara negatif dalam kalangan pelajar seperti gosip liar, gambar dan video lucah.

Paling penting penggunaan telefon bimbit di sekolah boleh membuatkan pelajar berdepan dengan masalah cyber bullying. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri tetapi juga kepada psikologi.

Selain itu, telefon bimbit boleh dijadikan sebagai satu alat mudah untuk pelajar menipu dalam ujian atau peperiksaan.

Apapun, penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar di sekolah ini dilihat mempunyai lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Tidak menjadi keperluan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah.

Bukanlah lama tempoh persekolahan tanpa menggunakan telefon bimbit berbanding membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah tetapi disalahguna oleh pelajar sehingga mengganggu pembelajaran.

Ibu bapa dan masyarakat sangat memainkan peranan penting dalam perkara ini. Pantaulah penggunaan telefon pintar anak-anak anda, kerana pelajar banyak terdedah kepada bahaya hanya melalui telefon pintar. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *