Pengacara Teruja Jumpa Kumpulan BTS Dalam Tandas

Pelawak serta pengacara terkenal Korea Selatan, Park Myung Soo baru-baru ini telah mendedahkan yang dia pernah terserempak dengan kumpulan idol yang semakin terkenal bukan sahaja di Korea tetapi juga di seluruh dunia iaitu Bangtan Boys atau BTS di dalam tandas.

Menurut Myung Soo, walaupun dalam keadaan tergesa-gesa kerana perlu mengejar penerbangan tetapi pertemuan yang berlaku di dalam tandas sebuah lapangan terbang itu merupakan satu pengalaman yang luar biasa untuknya.

Akan tetapi, pertemuan itu turut menimbulkan perasaan lucu pada Myung Soo kerana dalam banyak-banyak tempat, dia dapat bertemu dengan kumpulan yang diminatinya itu di dalam tandas.

Namun, pertemuan itu bukan hanya membuatkan Myung Soo seorang sahaja yang berasa teruja dan terharu tetapi ia juga turut dirasai oleh kesemua anggota kumpulan yang terkenal dengan lagu ‘Fire’ itu.

Malah, mereka juga turut telah membuatkan Myung Soo berasa malu kerana mengatakan yang mereka telah bertemu dengan selebriti. Akan tetapi, meskipun gembira dapat bertemu dengan kumpulan kesukaannya itu, terdapat satu perkara yang membuatkan Myung Soo berasa kesal.

Dimana, dia terlupa untuk meminta nombor telefon mereka, tapi masih sempat untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *