Perut Berbulu Cardi B Jadi Perbualan Hangat #GrammyAwards2018

Pentas kolaborasi yang mengabungkan Bruno Mars dengan penyanyi rap yang semakin meningkat naik untuk menyampaikan lagu mereka yang bertajuk ‘Finesse’ di pentas Grammy Awards 2018 baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat.

Namun, ia bukanlah disebabkan oleh persembahan mereka, tetapi apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah bulu perut Cardi B yang jelas kelihatan menerusi pakaian warna-warni Maschino yang digayakannya.

Oleh sebab pakaian itu mendedahkan bahagian perutnya, netizen yang bermata helang dapat melihat bulu perut yang berada betul-betul di perut Cardi B. Oleh sebab berasa terganggu dengan bulu itu, netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Maschino dengan pelbagai komen.

Ada yang meminta Cardi supaya mencukur dahulu bulu di perutnya itu sebelum memakai pakaian seperti itu, dan ada juga yang bertindak membela Cardi mengatakan yang itu adalah perkara normal untuk perempuan.

Isu menunjukkan bulu untuk artis Hollywood bukanlah satu perkara yang baru. Sebelum ini, beberapa artis tekenal seperti Paris Jackson, Bella Throne, Lady Gaga dan Miley Cyrus juga dengan bangganya telah menayangkan bulu ketiak mereka.

Well~ perempuan juga manusia yang lahir mempunyai bulu roma pada sesetengah bahagian badan dan bukannya anak patung. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *