Polis P.Pinang lancar Ops Selamat di 20 kawasan panas sempena Tahun Baru Cina

Kemalangan jalan raya bagaikan sudah menjadi perkara biasa yang berlaku di negara ini. Boleh dikatakan hampir setiap hari kemalangan jalan raya dilaporkan di media dan jumlah itu akan meningkat terutamanya menjelang musim perayaan.

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini, polis Pulau Pinang telah memberi fokus kepada hampir 20 kawasan panas yang kerap berlakunya kemalangan jalan raya menjelang musim perayaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan menjelaskan antara lokasi panas kerap berlaku kemalangan jalan raya adalah sepanjang laluan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) khususnya di Sungai Dua serta beberapa kawasan di sebelah pulau termasuk Teluk Kumbar dan Balik Pulau.

“Kita dapati kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan oleh faktor kelajuan. Jadi, sentiasa patuhi had laju dan had muatan ken­deraan,” katanya.

Op Selamat Ke-12 telah mula dijalankan sejak Jumaat lalu dan operasi itu dijangka akan berakhir seminggu selepas perayaan iaitu pada 23 Februari depan.

Thaiveegan berkata, pegawai dan anggota polis akan melakukan rondaan 24 jam sehari sempena musim perayaan ini di kawasan panas agar dapat mengurangkan jumlah kemalangan jaalan raya khususnya melibatkan kemalangan maut.

Selain itu, pihaknya juga berharap operasi yang dilakukan itu adakan dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya, pecah rumah dan jenayah lain.

Katanya, ratusan ribu kenderaan juga dijangka akan memasuki Pualau Pinang sempena musim perayaan ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengatur gerak kerja untuk memastikan kelancaran aliran trafik di negeri ini.

“Ratusan ribu kenderaaan dijangka memasuki Pulau Pinang menjelang dan semasa cuti Tahun Baharu Cina ini.

“Sehubungan itu kita telah memperkasakan serta mengatur gerak kerja bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin sepanjang musim perayaan itu,” katanya. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *