PPBM jilat ludah sendiri bila halang ahli bersuara

Parti-parti komponen yang ada dalam Pakatan Harapan terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya sering menunjukkan sikap munafik.

Ini dapat dilihat menerusi sikap pemimpin-pemimpin parti Bunga itu. Selepas keluar dari UMNO, mereka ini begitu giat dan lantang apabila mereka mengkritik kepimpinan parti yang di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai tuduhan tidak masuk akal dilemparkan kepada UMNO.

Sebelum ini, mereka ini lantang menuduh kononnya UMNO tidak bersifat terbuka apabila mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang sememangnya jelas sengaja mahu menjejaskan dan memburuk-burukkan imej parti itu secara terbuka.

Tak cukup dengan itu, mereka ini mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO ini tidak mahu mendengar pandangan dan kritikan ahli diperingkat bawahan sehingga sanggup menyingkir mereka dari keahlian.

Malah, pemimpin PPBM ini juga mendakwa kononnya UMNO tidak mengamalkan dasar terbuka apabila tidak mahu menerima apa-apa aduan dari ahli diperingkat akar umbi. Beginilah cara pembangkang berpolitik secara tidak bertanggungjawab. Tuduhan yang dilakukan hanya kata-kata kosong tanpa fakta.

Begitu juga, pemimpin-pemimpin parti Bunga ini juga melemparkan tuduhan tidak berasas kononnya UMNO cuba menutup mulut dan pemimpin dari mendedahkan kebenaran dengan mengambil tindakan disiplin.

Walau apa pun, PPBM kini dilihat menjilat ludah sendiri apabila menghalang ahli dari bersuara. Sekarang, mereka juga mengulangi segala tuduhan tidak berasas yang telah dilemparkan kepada UMNO. Inilah menyerlahkan lagi sikap munafik parti Bunga itu.

Kini, parti Bunga itu mengambil tindakan dengan memecat ahli yang tidak sehaluan dengan parti itu atas dakwaan kononnya mereka ini cuba mahu sabotaj parti selain turut memberi amaran kepada ahli diperingkat akar umbi supaya tidak mengkhianati parti yang diterajui Mahathir itu dengan mendedahkan pekung mereka secara terbuka.

Kesimpulannya, tindakan ini menunjukkan pemimpin-pemimpin PPBM ini bersikap munafik. Bagi mereka ini, mereka boleh kritik dan hina orang lain sesuka hati. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *