Priyanka Chopra Mahu Lupakan Rasa Sakit Putus Cinta

Pelakon terkenal Bollywood yang semakin galak mencipta nama di Hollywood iaitu Priyanka Chopra mengejutkan peminatnya apabila mengakui yang hubungan cintanya baru sahaja putus cinta pada tahun lepas.

Menerusi satu program bual bicara bertajuk, Geo TV, Prinyaka tanpa berselindung meluahkan perasaannya dengan mengatakan yang dia tenang menghadapi momon putus cinta itu meskipun hatinya berasa sakit.

Menurut pelakon ‘Bajirao Mastani’ itu, sakit macam mana sekali pun hati tetap kena kuat dan tidak boleh mengalah kerana tidak kira apa sebabnya kita perlu tabah menerima dan melalui perasaan kecewa itu.

Oleh sebab Priyanka tidak pernah mendedahkan identiti serta berkongsi kisah peribadinya kepada umum, ramai orang tertanya-tanya siapakah individu yang telah menyakitkan hati jelitawan itu sehinggakan Priyanka berasa sedih.

Seperti wanita lain, Priyanka juga mempunyai caranya yang tersendiri untuk mengubati kesedihan dihatinya dimana dia akan pergi semula ke tempat-tempat menarik di Mumbai yang dia dan bekas kekasihnya itu pernah kunjungi sebelum ini.

Namun, itu bukanlah alasan untuk Priyanka berputus asa dalam hal percintaan kerana dia tetap yakin yang suatu hari nanti dia akan bertemu dengan pasangan yang sesuai dan yang paling diimpikannya.

Betul, jangan pernah putus asa. Tapi, adakah jejaka yang melukakan hati Priyanka itu juga berasal daripada India kerana Priyanka sering berkunjung ke tempat menarik di Mumbai sewaktu bercinta. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *