PRO Syarikat Rakaman Jawab Netizen Yang Kritik Wany Hasrita

Selain daripada vokalnya yang dikatakan kedengaran sengau sewaktu menyanyikan lagu ‘Menahan Rindu’ di pentas Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), fesyen yang digayakan Wany Hasrita juga turut menjadi isu perbualan netizen.

Kesal dengan tindakan netizen yang menyamakan ia seperti botol air atau fesyen kekampungan, PRO syarikat rakaman naungan Wany iaitu FMC, Sam Samin tampil membidas semula kritikan netizen meminta supaya mereka fahami dahulu maksud tema AJL sebelum mengkritik.

Itu kerana bukan mudah buat seorang pereka fesyen untuk menghasilkan busana yang bertepatan dengan tema, terutama sekali jika perlu menitikberatkan soal aurat atau bentuk badan.

Oleh sebab perkara seperti itu hanya orang belakang tabir sahaja yang ketahui, jadi, Sam terpanggil untuk bersuara tambahan pula, dia berasa kasihan pada penyanyi dan juga pereka fesyen itu kerana teruk dikritik.

Bagi Sam, pakaian yang digayakan Wany pada malam itu tiada sebarang cela kerana ia melambangkan imej seorang wanita bertudung dan tahu kesusahan pereka fesyen untuk menyiapkan pakaian seperti itu.

Namun, bukan itu sahaja, menurut laporan akhbar tempatan, Sam mengakui yang dia kesal dengan tidakan sesetengah netizen yang suka mengecam artis tanpa mengatahui yang tindakan mereka itu membuatkan artis yang bertudung itu berasa takut untuk berfesyen.

Yang mana, netizen sepatutnya memberikan sokongan dan bukan mengkritik seperti itu. Biasalah netizen, apa sahaja yang boleh dikecam pasti mereka tidak akan lepaskan peluang. Bukan fesyen Wany seorang sahaja yang mereka kritik.

Mungkin Sam lakukan seperti Sajat, walaupun bajunya dikatakan diinspirasikan daripada ‘lalat hijau’ tetapi Sajat tetap positif dan memilih untik tidak menghalang pemikiran fantasi individu itu.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *