Produk kopi pracampur tetap dibenarkan dijual di pasaran

Baru-baru ini, lima individu dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang kerana mengalami gejala letih yang teruk selepas minum kopi pracampuran berperisa durian yang didakwa dicampur dengan dadah. Namun begitu, kopi pra campuran itu dikatakan masih dijual di pasaran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, menjelaskan produk kopi pracampuran itu tidak akan ditarik balik selagi tiada bukti ia merupakan produk yang tercemar.

“Sehingga siasatan selesai dijalankan, kami ingin menasihatkan agar orang awam berhati-hati.

“Selagi tiada bukti kukuh yang dapat mengaitkan pihak pengeluar dengan kes ini, kami tiada perancangan untuk menariknya daripada dijual di kedai,” katanya.

Subramaniam berkata, pihaknya telah melawat kilang produk terbabit dan sampel kopi pracampuran di kilang terbabit telah dijalankan telah menunjukkan tiada sebarang kandungan dadah.

Sementara itu, Ketua Polis George Town Asisten Komisioner Anuar Omar berkata kopi pracampuran yang diminum dua individu warga Nepal sehingga menyebabkan alami gejala letih teruk itu didapati terdapat kesan koyakan di bahagian bawah paket kopi pracampuran terbabit.

Katanya, kopi terbabit juga mengandungi berat berlebihan dari kandungan asal kopi pracampuran terbabit sebanyak 10 gram (g).

“Pemeriksaan menunjukkan paket kopi itu telah dibuka dan terdapat tanda koyakan pada bahagian bawah paket tersebut.

“Paket yang dicantumkan semula itu turut mengandungi lebihan berat sebanyak 10 gram (g) berbanding berat asal iaitu 40g.

“Ia mengandungi bahan berwarna hijau yang berbeza dengan paket asli,” kata beliau.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *