Rakam Lagu Hindi, Zayn Malik Tak Sabar Tunggu Respon Peminat

Jika anda peminat setia Zayn Malik pasti anda ketahui meskipun penyanyi ‘Pillow Talk’ itu lahir di West Yorkshire dan dikenali sebagai penyanyi Brit-American tetapi Zayn sebenarnya mempunyai darah Pakistan yang datang daripada sebelah ayahnya.

Jadi, mungkin atas sebab itu juga ia menjawab persoalan mengapa Zayn sangat gemar menonton filem Bollywood terutama sekali filem lakonan bintang hebat Bollywood iaitu Shah Rukh Khan. Jadi, itu bukan suatu yang menghairankan lagi.

Tapi, kini terdapat satu lagi khabar yang lebih mengejutkan apabila terdapat khabar angin mengatakan untuk albumnya yang kedua, Zayn bakal menyanyikan lagu di dalam Bahasa Hindi dan lagu Bahasa Hindi itu juga dikatakan bakal digunakan dalam filem Bollywood. Wow~

Sewaktu ditemu bual bersama majalah Elle India, Zayn mengakui yang lagu itu akan keluar tidak lama lagi kerana ia sudah memasuki proses rakaman dan dia sudah tidak sabar ingin melihat respon peminatnya pada lagu Bahasa Hindi-nya itu.

Pasti peminat Zayn juga sudah tidak sabar ingin mendengar lagu itu. Namun bukan itu sahaja, tetapi Zayn turut mengatakan yang album keduanya itu juga akan menampilkan banyak pengaruh daripada Urdu dan Bhangra.

Malah, salah satu lagu dalam album itu juga adalah hasil kerjasamanya dengan AR Rahman, iaitu individu yang telah mencipta banyak lagu untuk filem-filem Bollywood. Pasti ini satu lagi album yang terhebat daripada Zayn Malik selepas ‘Mind of Mind’. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *