Ramai rakyat Malaysia yang ‘perasan’ diri mereka miskin

Ramai rakyat Malaysia yang mendakwa diri mereka tergolong sebagai kategori miskin. Tetapi, adakah benar yang rakyat Malaysia ini ramai yang hidup dalam kemiskinan?

Adakah rakyat Malaysia mengalami masalah miskin seperti berlaku di benua Afrika di mana ramai rakyatnya miskin sehingga susah untuk mendapat makanan, atau di benua Asia dimana ramai masih tidak mempunyai tempat tinggal selesa sehingga terpaksa tinggal di bawah jambatan.

Rakyat Malaysia sebenarnya ramai yang ‘perasaan’ diri mereka miskin sedangkan kategori miskin mereka itu sebagai miskin ‘relatif’ iaitu merasakan diri miskin sedangkan masih mempunyai segala keperluan asas seperti makanan mencukupi melalui pendapatan yang diperolehi.

Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin menjelaskan rakyat Malaysia yang ‘perasaan’ diri miskin itu kerana mereka tidak mampu untuk memenuhi kehendak atau keinginan mereka sedangkan sudah mempunyai keperluan yang cukup.

“Mereka mula merasakan miskin walaupun mempunyai gaji RM3,000 yang sebenarnya jauh melebihi daripada garis kemiskinan mengikut pengiraan standard antarabangsa bagi mengkategorikan seseorang itu miskin.

“Perkara itu adalah satu perasaan normal sebagai contoh apabila sebuah telefon pintar baharu dilancarkan pasti ramai yang menginginkannya sedangkan telefon sedia ada belum setahun digunakan malah dalam keadaan baik. Tetapi pada hakikatnya tiada kemampuan membelinya,” katanya

Walaubagaimanapun, Malaysia memang terdapat rakyat miskin tetapi kadar kemiskinan itu hanya 0.4 peratus pada 2016 dan merupakan adalah yang terendah antara negara Asia Tenggara lain.

Bagi kawasan Semenanjung Malaysia ketagori miskin mengikut Paras Garis Kemiskinan (PGK) adalah mereka yang mempunyai pendapatan bulanan RM970 ke bawah bagi kawasan bandar dan RM880 bagi kawasan luar bandar.

Manakala, di Sabah dan Labuan pula adalah RM1,170 (bandar) dan RM1,220 (luar bandar) manakala di Sarawak pula RM1,070 (bandar) dan RM940 (luar bandar).

Pengiraan PGK ini adalah mengikut perubahan sosiaekonomi yang sentiasa dikemas kini selaras dengan perubahan harga serta perubahan pola kehidupan masyarakat di bandar atau luar bandar.

“PGK bertujuan untuk panduan pelaporan kemiskinan peringkat nasional manakala untuk penyaluran bantuan (kumpulan sasar) ia bergantung kepada pendapatan dan keperluan setiap isi rumah,” jelasnya.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga usaha menangani masalah kemiskinan sepenuhnya pada 2020 dan ini merupakan fasa terakhir. Kerajaan telah memberi fokus utama dengan memberi bantuan secara terus terusan kepada rakyat yang memerlukan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *