Ramai terpedaya dengan produk kecantikan bertaraf sampah di pasaran

Lambakan produk kecantikan berlaku antaranya adalah kerana mendapat permintaan ramai khususnya golongan wanita yang terlalu impikan kulit putih, gebu, dan cerah dalam sekelip mata.

Ramai golongan wanita yang sanggup membeli produk kecantikkan apabila produk kecantikan itu menjanjikan kecantikan segera tanpa menyelidik dahulu kandungan bahan yang digunakan. Tetapi, apabila muka atau tubuh badan mengalami kesan sampingan yang teruk selepas menggunakan produk kecantikkan itu barulah mahu menyesal.

Seorang doktor, Dr. Khairul Yoi berkata sebenarnya pengguna boleh mengesan produk-produk kecantikkan yang menggunakan bahan bahaya. Kilang OEM (Original Equiqment Manufacturer) ini adalah kilang yang menghasilkan produk tanpa jenama.

Beliau berkata, kilang OEM ini juga boleh menghasilkan perlbagai produk kecantikan seperti skincare, suplemen, produk kesihatan dan banyak lagi produk lain.

“Kilang OEM ini sebenarnya bukan keluarkan skincare, supplement dan produk kesihatan sahaja. Pendek kata segala mak neneklah dia boleh keluarkan. Tinggal korang nak tampal pelekat jenama sendiri saja,” katanya.

Khairul juga turut menasihati penjual produk untuk tidak menjadi pengasas produk kesihatan melainkan mempunyai latar belakang yang layak untuk menghasilkan formula produk kesihatan.

Katanya, pengguna bijak mudah untuk mengesan serum produk kecantikan yang semakin berleluasa di pasaran sama ada bahaya atau tidak untuk penggunaan.

“Seperti biasa, di kotak tiada tertulis bahan-bahan yang terkandung di dalamnya. Formula rahsia supaya founder lain tak rembat formula katanya. Padahal haram dia tak tahu apa pun yang kilang letak dalam serum itu. Dan bahan-bahannya mestilah dalam terma saintifik, bukan ekstrak itu ekstrak ini, vit itu, vit ini.

“Warna warni di aidilfitri. Perhatikan warna-warna di bawah, macam itulah serum sampah. Serum di drugstore sama ada warna jernih atau warna putih sahaja. Yang ini dia claim perisa strawberi, keladi, anggur, cili, durian, you name it.

“Kilang tak ada. Katanya rahsia company. Haa, kau tak kabor yang sebenarnya kau beli kilo dari kilang. Balik rumah kau suntuk sendiri masuk botol. Tak pun kilang OEM sudah tolong botolkan untuk kau siap-siap,” tulisnya.

Katanya, tidak salah untuk menyokong produk tempatan, tetapi pengguna perlu menyokong pengusaha produk tempatan yang betul-betul mencurahkan usaha bertahun untuk mengkaji tentang produk yang dihasilkan sebelum dikeluarkan di pasaran.

Selain itu, ada antara peniaga produk kecantikan yang menjanjikan produk yang dijual boleh membuatkan seseorang itu cantik hanya dalam masa tiga hari. Produk yang betul-betul baik pun tidak akan mampu beri kesan seawal tiga hari.

“Mana-mana produk bagus pun takkan beri kesan seawal tiga hari, seminggu atau kurang dari smeinggu. Paling koman pun sebulanlah. Kalau pesen lahir celah pokok pisang ini, kau tempek berkilo-kilo serum pun muka tetap Melayu. Tak perlu berangan nak menjadi Korea sangat,” tulisnya.

Apapun, jadilah pengguna yang bijak janganlah kerana terlalu taksub nak cantik sampai sanggup membawakan diri dengan menggunakan produk yang berbahaya pada wajah dan tubuh badan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *