Range Rover daki 999 anak tangga ke puncak gunung legenda setinggi 1,528 meter

HUNAN, China – Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover Sport P400 berjaya dalam pemanduan mendaki 999 anak tangga di Gunung Tianmen yang menjadi mercu tanda negara China baru-baru ini.

Kereta model hibrid petrol dan elektrik itu turut berjaya menempuh berpuluh-puluh selekoh tajam dan berbahaya seperti ekor naga di kawasan pelancongan yang digelar Tangga Ke Syurga itu.

Cabaran tersebut memerlukan SUV berkenaan mula bergerak dengan melakukan perjalanan off-road sejauh 11.26 kilometer di Jalan Naga yang mempunyai 99 selekoh.

SUV itu kemudiannya mendaki 999 anak tangga pada sudut 45 darjah menuju ke puncak gunung legenda setinggi 1,528 meter menggunakan kombinasi petrol dan kuasa bateri elektrik.

Pendakian yang memakan masa bawah 23 minit itu dipandu oleh pemandu Formula-E Panasonic Jaguar yang juga pemandu uji Range Rover Sport PHEV, Ho-Pin Tung.

“Ia satu pengalaman yang luar biasa dan cabaran paling sukar yang pernah saya hadapi,” kaya mencabar kemampuan diri saya,” katanya. – Agensi

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *