Rekaan terbaru Zara undang kecaman warga Twitter dari Asia

DALAM dunia fesyen suatu gaya lama boleh kembali menjadi ‘in trend’ apabila diberi nafas baru.

Itulah yang terjadi apabila jenama fesyen terkemuka Zara,mengambil inspirasi daripada kain sarung yang popular dalam kalangan lelaki Asia untuk menghasilkan rekaan terbaru mereka.

Menurut Zara, rekaan mereka adalah ‘mini skirt bercorak petak’ dengan ‘perincian di bahagian hadapan dan zip di bahagian belakang yang tersembunyi di sepanjang jahitan’.

Diperbuat menggunakan material poliester dan viscose, rekaan yang mirip kepada kain sarung ini dijual di United Kingdom (UK) pada harga sekitar £70 (RM387).

Hasilnya,rekaan terbaru jenama fesyen global ini mengundang kecaman warga Twitter khususnya dari Asia.

Komen netizen melahirkan rasa tidak puas hati kerana rekaan itu menciplak kain sarung.

Tiada yang istimewa tentang rekaan terbabit lantaran ia sering digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat Asia.

Tidak kurang juga yang marah kerana tiada sebarang rujukan atau penghargaan diberi tentang asal usulnya.

Namun kebanyakkan netizen marah kerana ia dijual pada harga yang terlalu mahal.

“Zara cuba menjual kain sarung berharga £3 (RM16) pada harga £70 (RM 387),” tulis Qursheed@strawbaby_whirl.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *