Ribut Tropika Gita diramal landa Tonga hari ini selepas badai Samoa

WELLINGTON – Ribut Tropika Gita diramalkan melanda Tonga pada awal pagi waktu tempatan hari ini selepas membadai Samoa semalam.

Ribut kategori empat itu kini bergerak ke arah selatan merentasi Lautan Pasifik dan dijangka membadai ibu negara Tonga iaitu Nuku’alofa pada pukul 7 pagi waktu tempatan.

Agensi cuaca Tonga dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Gita dijangka membawa angin sekuat 185 kilometer sejam dan sehubungan itu, semua penduduk dikerah berpindah ke bangunan yang kukuh untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. – REUTERS

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *