Ribut Tropika Sanba landa selatan Filipina

MANILA – Ribut Tropika Sanba melanda selatan Filipina awal pagi ini dengan membawa hujan lebat dan menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh.

Ribut yang dilaporkan melanda selatan kepulauan Mindanao berserta angin kencang sekuat 75 kilometer itu menyebabkan tanah runtuh di di kawasan perkampungan di pinggir pekan Carrascal yang terletak 760 kilometer dari Manila sehingga menyebabkan empat orang maut.

Ketua polis tempatan, James Alendogao berkata, kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh tidak dapat diakses ketika ini dan pihak berkuasa tidak dapat mengukur tahap kemusnahan yang berlaku.

Agensi perkhidmatan kaji cuaca Filipina meramalkan ribut tersebut akan bergerak ke arah barat laut negara ini dalam tempoh 24 jam dengan membawa hujan sederhana lebat di sekitar tengah Filipina.

Sanba merupakan ribut kedua paling kuat melanda Filipina pada tahun ini dan yang pertama menyebabkan kematian.

Sementara itu di Tonga, penduduk di Nuku’alofa, ibu negara itu kini giat melakukan kerja-kerja pembersihan selepas rumah kediaman mereka dinaiki banjir akibat ribut Gita.

Pasukan tentera membersihkan jalan-jalan utama yang dipenuhi dengan sampah dan dahan-dahan pokok yang tumbang.

Perkhidmatan Meteorologikal Tonga merekodkan angin kencang sekuat 230 kilometer sejam ketika Gita melanda ibu negara ini, malah pejabat agensi tersebut juga mengalami kerosakan apabila bumbungnya tercabut.

Sehubungan itu, agensi kaji cuaca di negara ini terpaksa menyerahkan tugas pemantauan dan laporan kepada negara jiran iaitu Fiji.

Ribut yang melanda juga menjejaskan operasi lapangan terbang dan menyaksikan pihak berkuasa Australia melarang rakyatnya mengunjungi Tonga dalam masa terdekat.

Menurut polis, seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun meninggal dunia akibat serangan jatung dan lebih 3,000 penduduk tempatan ditempatkan di pusat pemindahan sementara ketika bekalan elektrik terputus akibat ribut ber­kenaan. – AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *