Selepas 10 Tahun, Adam Corrie Serah Soal Anak Kepada Tuhan

Meskipun usia perkahwinannya sudah memasuki usia 10 tahun tetapi pelakon yang terkenal dengan watak gangster dalam filem ‘KL Gangster’, Adam Corrie Lee mengakui yang dia masih lagi menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut Adam, isterinya sudah tiga kali keguguran dan dia masih tidak berhenti berdoa mahupun berusaha kerana percaya ada hikmah disebalik semua itu dengan menganggap yang Allah akan bagi rezeki cuma masanya belum tiba.

Oleh itu, Adam akan tetap bersabar dan tidak akan berhenti berdoa kerana tahu Allah suka mendenger doa hambaNya.

Pada Adam, adalah tersangat penting untuk bersangka baik, percaya dan juga yakin terhadap Allah SWT kerana dia baru menunggu selama 10 tahun sedangkan ada orang yang telah menunggu lebih lama daripadanya.

Selain sabar apa yang penting pada Adam juga adalah menjaga hubungan diantara suami isteri supaya sentiasa gembira dan saling memahami. Sebelum itu, Adam pernah mencuri perhatian netizen apabila memuat naik gambar kasut bayi di Instagram.

Akan tetapi, gambar itu dimuat naik hanya kerana suka-suka dan jika itu benar-benar berlaku Adam mengatakan yang dia pasti akan mengumumkan berita itu pada peminatnya. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *