Selepas 16 Tahun, Kisah Cinta Adit dan Tita Bersambung Dalam ‘Eiffel I’m In Love 2’

Jika anda peminat setia kisah cinta Tita dan Adit dalam filem hit Indonesia pada tahun 2002, ‘Eiffel I’m In Love’ pasti anda akan berasa teruja dan sudah tidak sabar untuk menyaksikan sambungan kisah cinta mereka selepas 16 tahun menerusi filem sekuelnya, ‘Eiffel I’m In Love 2’.

Meskipun dalam filem pertama, kisah cinta Tita dan Adit berakhir dengan gembira di hadapan Menara Eiffel dimana di hadapan menara itu juga Adit telah melamar Tita untuk berkahwin dengannya tetapi selepas 12 tahun, diantara kawan-kawannya hanya Tita sahaja yang masih belum berkahwin.

Malah, walaupun sudah berjanji untuk berkahwin, tetapi hubungan Tita dan Adit masih lagi penuh dengan dugaan tambahan pula, mereka menjalani hubungan jarak jauh yang semamangnya dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

Masih mengekalkan barisan pelakon utama seperti sebelum ini, ‘Eiffel I’m In Love 2’ akan tetap diterajui oleh Shandy Aulia dan Samuel Rizal bersama barisan pelakon hebat Indonesia seperti Tommy Kurniawan, Saphira Indah, dan juga Helmy Yahya.

Selain mengekalkan barisan pelakon lama, filem arahan Rizal Mantovani itu juga masih akan berlatar belakangkan kota Paris sesuai dengan tajuknya, manakala untuk runut bunyinya pula, ia akan tetap dihasilkan oleh Melly Goeslaw dan juga Anto Hoed seperti sebelum ini.

Jadi, jika anda ingin ketahui apakah pengakhiran sebenar hubungan cinta Adit dan Tita? Adakah mereka akan berkahwin seperti yang dirancangkan 14 tahun yang lalu? Jangan lupa untuk saksikan filem ‘Eiffel I’m In Love 2’ di pawagam pada 14 Februari ini.

Namun, sebelum itu kita ubati dulu rindu dengan menonton trailer rasmi filem itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *