Semua guru dilarang bawa telefon ketika mengajar di sekolah

Sebelum ini, telah berlaku insiden seorang guru kehilangan telefon bimbit di sebuah sekolah di Nibong Tebal. Berikutan kehilangan elefon bimbit itu, seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sekolah terbabit telah dituduh mencuri telefon bimbit guru sekolah terbabit.

Tertekan apabila dituduh mencuri telefon bimbit guru terbabit, pelajar perempuan itu telah membunuh diri dengan menggantung diri di dalam sebuah bilik di rumahnya.

Selepas seminggu bertarung nyawa ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), pelajar tersebut telah meninggal dunia di sisi kedua ibu bapanya.

Remaja itu dikatakan telah meninggalkan sekeping nota kepada kedua ibu bapanya yang mengaku bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan tampil menjelaskan terdapat prosuder yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua guru iaitu tidak membenarkan guru membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah.

Katanya, jika guru membawa telefon bimbit ke sekolah ia perlu disimpan di pejabat atau bilik guru.

Ditanya sama ada kehilangan telefon bimbit guru sekolah terbabit berlaku ketika dalam bilik darjah. Katanya, pihak kementerian masih belum menerima laporan di mana telefon bimbit itu hilang dan masih dalam siasatan polis.

“Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya

Katanya, kes terbabit masih dalam siasatan polis dan jika laporan telah dikeluarkan kementerian akan mengambil tindakan lanjut secara adil tanpa melindungi mana-mana pihak. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *