Siapa yang benarkan pemotongan rumput dilakukan semasa aktiviti murid di luar kelas?

Sejak kelmarin, tular di media sosial tentang kejadian malang seorang pelajar perempuan terbunuh, manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang dikatakan melayang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, Negeri Sembilan.

Dua lagi pelajar Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera dan telah menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas.

Mangsa Nur Afini Roslan, 14, dikatakan mati di tempat lokasi dipercayai selepas terkena bilah yang melayang. Difahamkan ketiga-tiga pelajar terbabit berada berhampiran traktor berkenaan yang sedang memotong rumput di padang sekolah berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Sehubungan itu, terdapat pihak yang mempersoalkan siapa yang membenarkan pemotongan rumput dilakukan semasa aktiviti murid di luar kelas. Sepatutnya kerja-kerja pemotongan rumput tidak boleh dilakukan ketika pelajar atau murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan menegaskan perkara tersebut memang tidak sepatutnya dilakukan demi memastikan keselamatan para pelajar dan murid dari terdedah kepada ancaman yang tidak diingini dari kejadian kerja terbabit.

Beliau yang mengulas mengenai kejadian yang menimba pelajar terbabit menyatakan pihaknya dan polis masih sedang jalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar berlakunya kejadian tersebut.

“Kita belum menerima laporan lanjut mengenai punca kejadian ini. Siasatan dijalankan dalam mengenal pasti sama ada ia berpunca daripada kecuaian daripada pihak melakukan kerja pemotongan atau sebaliknya.

“Namun saya ingin menegaskan kerja pemotongan rumput tidak boleh dilakukan ketika aktiviti luar kelas,” katanya

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menasihati pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak sekolah selepas ini untuk lebih peka dan memathui segala aspek keselamatan sebelum melakukan sebarang kerja-kerja pembersihan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *