Sofi Jikan Bakal Terima Nasib Seperti Farid Kamil

Selepas pengarah serta pelakon terkenal, Datuk Farid Kamil, kini, giliran rakan baiknya yang juga seorang pelakon iaitu Mohamad Shoffi Jikan atau lebih dikenali dengan nama Sofi Jikan pula berhadapan dengan pertuduhan yang sama.

Dimana, pelakon ‘KL Gangster’ itu bakal disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952 selepas ditahan reman selama tiga hari selepas didapati positif dadah jenis ganja ketika hadir ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan yang dilakukan oleh Farid.

Dalam laporannya, Farid mendakwa yang dia telah dianiaya oleh tiga orang rakan artis yang mana mereka itu telah meletakkan dadah ke dalam minumannya sehingga menyebabkan dia bertindak ganas kepada anggota polis dan juga orang awam di Balai Polis Trafik Damansara bulan lepas.

Sehubungan isu itu, selain mempertikaikan mengapa Farid membuat laporan mengenai rakan baiknya sendiri, netizen juga turut mempersoalkan mengapa Farid ‘likes’ gambar dan video yang menceritakan mengenai penahanan Sofi di Instagram.

Malah, isu itu juga turut menjadi tanda-tanya kepada adik Sofi Jikan sendiri iaitu Shaiful Jikan dimana dalam satu statusnya, Shaiful mengatakan yang pada waktu itu baru dia tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Akan tetapi, Farid masih memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang kenyataan dan Sofi pula sebelum ini pernah mengatakan yang lebih memilih untuk bersangka baik pada rakannya itu. Pasti ada alasan disebalik semua itu jika tidak pasti Farid tidak akan membuat laporan polis.

Apapun, kena nantikan penjelasan dari Farid atau perkembangan lanjut kes itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *