Susah Sangat Ke JAKIM Nak Sahkan Identiti Sajat?

Nampaknya penantian netizen yang ingin mengetahui mengenai jantina sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzaman mungkin akan memakan masa lebih lama daripada tempoh sebulan yang diperkatakan sebelum ini.

Itu kerana, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) proses prosedur untuk menentukan jantina sebenar usahawan terkenal itu telah mendapat ‘gangguan’ daripada orang ketiga yang datangnya dari pihak Sajat.

Namun, pihak JAKIM enggan mendedahkan identiti ‘penghalang’ itu. Akan tetapi, itu tidak bermaksud yang mereka akan berputus asa, kerana selaku pakar menangani lesbian, gay, biseksual, dan transgander (LGBT) Mohd Izwan mengatakan yang pihaknya tetap akan berusaha untuk meneruskan proses itu.

Supaya pesoalan netizen mengenai jantina sebenar Sajat dapat terjawab. Oleh itu, pihaknya juga akan berusaha sedaya upaya untuk memujuk Sajat supaya meneruskan prosedur itu agar persetujuan yang dilakukan pada pertemuan pertama dahulu dapat diteruskan tanpa sebarang masalah.

Bukan ingin mempertikaikan tetapi kenapa kelihatan seperti susah sahaja untuk JAKIM sahkan identiti sebenar Sajat sehinggakan prosedur ‘terganggu’ turut melambatkan keputusan. Sedangkan JAKIM mempunyai hak untuk memeriksa sesuatu perkara yang menimbulkan keraguan.

Dan, mengapa pula orang ketiga itu ingin menghalang jika Sajat berada di pihak yang benar mengenai jantinanya selama ini. Itu semua hanya menambahkan lagi kontroversi yang sedia ada dan secara tidak langsung menunjukkan yang tanggapan netizen selama ini adalah benar.

Apapun, nantikan sahaja pengasahan yang lebih sahih daripada pihak JAKIM. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *