Syafie Naswip Jelas Isu Buat Tatu Di Badan

Sebagai seorang yang beragama Islam membuat tatu tidak kira dimana bahagian badan, ia tetap satu perbuatan yang salah dan haram kerana perbuatan seperti itu dilaknat oleh Allah SWT. Disebabkan itu juga, jika seorang individu Islam itu memiliki tatu, mereka pasti akan dipandang rendah atau dikritik.

Seperti yang berlaku kepada pelakon, Syafie Naswip, gara-gara memuat naik gambar bertatu di bahagian lengan dan dada di media sosial, pelakon filem ‘Mukhsin’ itu telah menerima kecaman teruk daripada netizen.

Malah, disebabkan oleh gambar itu juga telah berlakunya perbalahan di antara peminat Syafie di media sosial.  Namun, Syafie memilih untuk tidak mengendahkan semua kritikan itu dan tampil menerangkan yang tatu itu dibuat atas dasar suka-suka kerana dia kini sedang bercuti di Bali.

Lagipula, menurut Syafie, tatu itu bukan tatu sebenar tetapi ia hanyalah inai yang hanya bertahan selama seminggu. Oleh itu, tiada apa yang perlu diperjelaskan kerana itu tidak menjadi satu isu yang memerlukan penjelasan.

Mungkin pada Syafie itu tidak menjadi satu masalah tetapi isu itu juga turut telah menarik perhatian Da’i Wan. Dimana, Da’i itu mengatakan yang walaupun itu hanyalah tatu sementara tetapi hukumnya tetap haram untuk seorang Muslim terutama sekali lelaki.

Namun, ia berbeza untuk perempuan kerana selagi corak itu tidak mengambarkan binatang atau tanda ke arah maksiat ia masih lagi dibenarkan tetapi tidak kepada lelaki. Nampaknya isu bertatu walaupun mengunakan inai ini bukan satu perkara yang boleh diambil mudah.

Harap dengan penjelasan Da’i Wan itu selepas ini tiada lagi orang yang berani ingin mencuba buat tatu meskipun daripada inai. –utaranews.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *