Syarikat Tokyo bayar pampasan RM2.8 juta untuk keluarga maut penat bekerja

SYARIKAT di Tokyo membayar pampasan AS$700,000 (RM2.8 juta) untuk keluarga bekas kakitangannya yang mati dalam nahas jalan raya akibat terlalu penat bekerja.

Asahi Shimbun melaporkan, Kota Watanabe, 24, maut kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai syif sepanjang malam pada 2014.

Susulan itu, Hakim Hidechika Hashimoto mendapati Green Display Co menanggung tanggungjawab untuk memastikan kakitangannya pulang dengan selamat selepas selesai bekerja dan menggesa syarikat berkenaan membayar pampasan kepada keluarga Watanabe.

Hashimoto turut menarik perhatian terhadap masalah yang semakin meningkat dalam masyarakat Jepun membabitkan kematian akibat nahas berkaitan dengan keletihan akibat bekerja.

“Kes ini sepatutnya membuka mata masyarakat mengenai kemalangan yang boleh berlaku akibat penat berkerja dan bagi mengatasi masalah ini, perkara ini harus dilihat sama serius dengan kes kematian dan bunuh diri kerana terlalu kerja kuat bagi,” katanya.

Mahkamah diberi pampasan 76 juta yen (RM2.8 juta) dalam persetujuan dicapai di Mahkamah Daerah Yokohama pada 8 Februari lalu.

Ia dilihat sebagai keputusan yang jarang dilakukan dalam sistem perundangan Jepun untuk mempertahankan hak pekerja, kata peguam Watanabe, Takuya Kawagishi.

Terdahulu, Watanabe memandu pulang selepas selesai syif tengah malam pada awal pagi 24 April 2014 apabila motosikalnya melanggar tiang. Ibunya memfailkan saman terhadap Green Display pada tahun berikutnya, mendakwa kematian itu disebabkan Watanabe terlalu penat bekerja dan sering bertugas syif yang panjang menyebabkannya keletihan.

Hashimoto memutuskan, nahas berlaku disebabkan Watanabe tertidur ketika menunggang motosikal. Syarikat turut mengakui pekerjanya itu bekerja lebih masa dan sepatutnya diberikan kaedah alternatif untuk pulang.

Susulan kematiannya, syarikat berkenaan mewajibkan setiap syif disusuli waktu rehat 11 jam untuk membolehkan kakitangannya berehat. Pekerja yang bertugas sehingga waktu tengah malam juga disediakan teksi untuk membawa mereka pulang.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *