Tak sampai 50 orang hadir di Majlis Penyerahan bantuan PAN

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terutamanya pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) sering mendabik dada dan bercakap besar dengan mengatakan mereka mendapat sokongan ramai dan semakin diterima oleh rakyat.

Itulah sikap pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering mahu menunjukkan mereka bagus dalam segala hal. Sedangkan hakikatnya, mereka ini hanya bercakap besar dan kata-kata kosong untuk menampakkan mereka hebat.

Kewujudan parti serpihan PAS ini hanyalah semata-mata kerana disebabkan dendam terhadap bekas parti yang mereka sertai sebelum ini iaitu PAS. Sedangkan hakikatnya, PAN sebenarnya sama sekali tidak mempunyai hala tuju yang khusus melainkan untuk menjadi boneka kepada parti Roket yang terajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng secara terhormat.

Namun jika dilihat majlis penyerahan bantuan PAN pada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini amat memalukan dan tidak seperti yang mereka gambarkan selama ini yang parti itu mendapat sokongan ramai.

Baru-baru ini, PAN kawasan Permatang Pauh mengadakan majlis penyerahan Penang Bangkit RM700 kepada mangsa-mangsa banjir di negeri Pulau Mutiara tersebut. Bantuan ini diserahkan kepada mangsa banjir yang tidak mempunyai akaun bank dengan menerusi baucer.

Bagaimanapun, majlis penyerahan bantuan parti serpihan PAS ini dilihat berlangsung tidak mendapat sambutan apabila hadirin yang hadir boleh dikira menggunakan jari. Boleh lihat sendiri gambar majlis penyerahan bantuan PAN di atas. Hadirin yang hadir tidak sampai 50 orang.

Ada yang berpendapat majlis penyerahan bantuan PAN ini sebenarnya hanya mahu ‘mempromosikan’ calon Permatang Pasir iaitu anak lelaki bekas presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Muhammad Faiz Fadzil yang juga merangkap sebagai Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN).

Tapi malangnya majlis penyerahan bantuan parti boneka DAP ini ini tidak mendapat sambutan pun di kalangan rakyat Pulau Pinang. Ini boleh menunjukkan rakyat semakin menolak Pakatan Harapan, bukannya semakin menyokong pakatan pembangkang dikuasai DAP itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *