Tak sengaja tertembak jiran gara-gara rai majlis perkahwinan anak guna senjata api

PUNJAB – INDIA. Gara-gara meraikan majlis perkahwinan anak perempuan guna senjata api, seorang lelaki ditahan polis selepas tidak sengaja tertembak jirannya.

Menurut laporan BBC, Sakshi Arora, 22, maut serta-merta selepas terkena tembakan dilepaskan Ashok Khosla dalam kejadian Sabtu lalu itu.

Ketika kejadian, dia menggunakan pistol jenis revolver dan seorang lagi rakannya, Ashok Sethi melepaskan tembakan menggunakan raifal.

“Tertuduh bukan penembak profesional dan mereka patut tahu yang peluru mereka mungkin mengenai seseorang,” kata jurucakap polis.

Kes tersebut bukan yang pertama melibatkan senjata api semasa meraikan sesuatu majlis di India.

Pada November 2016, seorang tetamu maut dan tiga lagi mengalami kecederaan parah apabila seorang wanita melepaskan tembakan semasa menari ketika berada di sebuah majlis.

Pada November 2017 pula, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut akibat terken tembakan di sebuah majlis perkahwinan.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *